KOLEKSI NOTA MATA


                 
  
   Definisi Pendidikan Khas pula ialah satu bidang yang berkaitan dengan kaedah, teknik dan penyelidikan yang tersendiri. Kesemua ini menumpukan ke arah pengurusan dan pembelajaran yang baik bagi menilai dan mematuhi kehendak – kehendak khas. Dari segi praktiknya pendidikan khas merupakan pendidikan individual dengan kaedah – kaedah pengurusan yang bersistematik dari segi susunan  fizikal, alatan – alatan khas dan kaedah pengajaran khas. Kesemua intervensi – intervensi yang dibuat ini semata – mata untuk menolong kanak – kanak khas untuk mencapai kepuasan diri dari segi akademik dan vokasional untuk membolehkan mereka berdikari.

            Pendidikan khas juga satu program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan muri – murid khas. Perkara ini termasuk penggunaan bahan – bahan khas, peralatan khas, teknik pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid. “Pendidikan Khas merujuk pada pendidikan bagi kanak – kanak luar biasa iaitu kanak – kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial dan emosi yang tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa hinggakan mereka tidak faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa. (Chua Tee dan Koh Boh Boon,1992).





MASALAH PENGLIHATAN

Mata merupakan antara deria yang penting dalam menjalani hidup sehari-hari, tak kira tua dan muda. Mata merupakan deria penglihatan yang digunakan untuk mendapat dan menerima maklumat. Mata juga digunakan untuk aktiviti pengurusan diri, mengenali sesuatu, untuk belajar, mengendalikan kemahiran motor  dan untuk tujuan aktiviti sosial. Manakala masalah penglihatan ialah ketidakupayaan melihat.

>> Menurut Heward (1996), mereka yang mempunyai masalah penglihatan ialah seseorang yang mempunyai ketajaman penglihatan 20/200 atau kurang daripada mata yang sihat dengan pembetulan (kaca mata) atau mempunyai medan penglihatan yang sempit kurang daripada 20 darjah.<<

Dari segi pendidikan, masalah penglihatan ialah sekumpulan kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan. Kaedah penyampaian pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu diadaptasikan dengan keperluan kanak-kanak ini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka. Definisi yang dikemukakan oleh The World Council For Welfare of the Blind dalam Hajah Hasnah (1988) tentang masalah penglihatan adalah tidak dapat melihat langsung, kebolehan melihat tidak lebih daripada 6/60 atau 20/200 iaitu melalui Ujian Snellen, dan penglihatan yang terhad kurang daripada 20 peratus.


JENIS KEPERLUAN KHAS (KECACATAN) UTAMA KES

Terdapat beberapa tahap masalah penglihatan yang membezakan antara buta dengan penglihatan terhad ataupun low vision  berdasarkan ujian visual acuity  dan juga adaptasi pendidikan khas. Masalah pada tahap sederhana masih membolehkan kanak-kanak melihat cahaya dan menjalankan aktiviti melibatkan deria penglihatan dengan menggunakan alat bantu khas seperti kanta. Masalah tahap teruk menyebabkan kanak-kanak mungkin memerlukan lebih banyak masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti malam mengalami kesukaran melakukan aktiviti berkaitan penglihatan termasuk mobiliti, walaupun dengan bantuan khas. Masalah pada tahap sangat teruk mengakibatkan kesukaran melakukan aktiviti visual serti membaca dan mobiliti serta perlu bergantung kepada deria-deria lain.

     Kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan mempunyai ketidaknormalan mata iaitu saraf optik atau pusat visual untuk otak mengakibatkan kurang ketajaman penglihatan. Kanak-kanak ini hanya mempunyai 20/70 visual ketajaman, Sara Begun (2003) memberi lapan kategori untuk kanak-kanak bermasalah penglihatan.



CONTOH-CONTOH UTAMA MASALAH PENGLIHATAN


1)       KATARAK  
Sejenis kerosakan mata di mana kanta semula jadi menjadi berselaput dan rabun. Kanta mata menjadi keruh dan caha tidak dapat menembusinya. Seseorang akan mengalami buta jika keadaan ini tidak dirawat. Mereka yang berisiko tinggi menghidapi masalah penglihatan ini ialah pesakit kencing manis, kandungan gula yang tinggi, golongan usia 60-an, kanak-kanak yang lahir dalam komplikasi dan penyakit jangkitan daripada ibu mengandung.




2)       STRABISMUS (JULING 
 Suatu keadaan di mana kedua-dua mata tidak searah dan memandang pada titik yang berbeza. Lencongan mata pada salah satu atau kedua – dua mata sama ada juling ke dalam, ke luar, ke atas atau ke bawah. Dengan itu paksi penglihatannya tidak lagi selari. Masalah ini adalah ketidakbolehan untuk memfokuskan objek yang sama pada kedua-dua belah mata kerana penyimpangan ke dalam atau ke luar pada sebelah atau kedua-dua belah mata. Kehilangan penglihatan kekal boleh berlaku sekiranya tidak dirawat. Sebab-sebab mata juling :
·         Dalam kebanyakan kes, tiada sebab yang diketahui 
·         Ia boleh disebabkan oleh otot-otot mata yang tidak berfungsi dengan baik pada mata yang        juling itu atau kelumpuhan otot-otot mata itu sendiri. 
·         Rabun jauh juga boleh menyebabkan mata bergerak ke dalam.
·         Mata juling adalah lebih lazim di kalangan kanak-kanak yang mengalami masalah otak seperti Cerebral Palsy, Down Syndrome, hydrocephalus dan barah otak.


3)     GLUKOMA 
Glaukoma adalah sejenis kerosakan mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang terlalu tinggi di dalam bebola mata. Kesemua jenis Glaukoma adalah disebabkan gangguan atau dihalang oleh bendalir yang mengedarkan ke dalam mata. Pusat atau sempadan penglihatan akan rosak atau hilang keseluruhannya apabila tekanan meningkat dan merosakkan saraf optik. Tekanan yang tinggi ini akan merosakkan sel retina dan serabut saraf sehingga ruang penglihatan sekitar seseorang itu menjadi semakin sempit dan akhirnya akan terus menjadi buta. Glukoma merupakankerosakan mata yang disebabkan oleh tekanan Intraokular Tinggi (IOP) iaitu tekanan cecair yang terlalu tinggi di dalam bebola mata. Mendapan cecair yang terdapat di dalam bebola mata akan terkumpul dan meningkatkan sel saraf optik akan termampat dan akhirnya akan rosak.


  4)       AMBIPLIA (MATA MALAS)           
Dikenali sebagai lazy eye / mata malas  Suatu keadaan di mana salah satu mata tidak berfungsi dan perlu bergantung pada sebelah mata yang sihat. Mata malas merupakan gangguan yang terjadi pada masa perkembangan penglihatan. Oleh sebab ketajaman penglihatan berkurang, mata menjadi malas melakukan fungsinya, saraf mata yang seharusnya berkembang menjadi terhenti.



5)      DIPLOPIA
Diplopia atau penglihatan ganda adalah suatu gangguan penglihatan yang mana objek terlihat double atau ganda. Diplopia berasal dari bahasa Yunani, diplo iaitu ganda dan opia sebagai penglihatan.






6)      ALBINISME 
Masalah penglihatan bagi kategori ini berlaku disebabkan kurangnya ataupun tidak adanya pigmen melanin pada mata dan pewarisan alel gen resesif sehingga mengakibatkan keterbatasan fizikal yakni sensitif terhadap sumber cahaya yang kuat, seperti lampu yang terang, sinar matahari. Selain itu juga mereka memiliki keterbatasan pada jarak penglihatan.





7)      MYOPIA (RABUN JAUH) 

Keadaan dimana ketidakupayaan untuk melihat objek jauh dengan jelas dan hanya boleh melihat pada jarak dekat sahaja. Ini adalah penyakit rabun mata yang paling lazim di kalangan kanak-kanak dan remaja dan boleh disebabkan oleh keturunan. Kanak-kanak yang rabun dekat memiliki bentuk kornea yang terlalu melengkung atau bola mata yang terlalu panjang. Ini akan menyebabkan cahaya difokuskan ke bahagian hadapan retina dan bukannya ke atas retina seperti yang sepatutnya.



8)      HYPEROPIA (RABUN DEKAT) 
Pada peringkat kanak-kanak, satu keadaan di mana bola mata lebih pendek daripada biasa. Pada peringkat tang lebih tua yakni 40 tahun ke atas, kanta mata akan hilang kekenyalannya.






 9)      RABUN WARNA           
Rabun warna atau colour blindness sebenarnya mengalami persepsi warna sahaja yang berbeza dengan orang yang mempunyai penglihatan normal dan bukanlah penglihatan televisyen hitam putih. Jika kita melihat warna merah menyala, seseorang yang mempunyai defeksi warna merah akan melihat warna tersebut seperti warna merah gelap. Jenis rabun warna adalah pelbagai dan tahap keterukan rabun warna itu sendiri berbeza. Segelintir individu yang mempunyai Defek warna yang sangat teruk di mana ia boleh menyebabkan mereka ‘buta’ terhadap semua warna.





10)  AGE RELATED MASCULAR DEGENERATION (AMD) 
     
AMD Basah                      //          AMD Kering

Makular merupakan sebahagian dari retina yang berfungsi untuk ketajaman, dan sebagai pusat penglihatan untuk membaca atau memandu semakin merosot. AMD adalah penyebab utama kehilangan penglihatan dan kerabunan (Mason 2001). Ia terbahagi kepada dua iaitu Degenerasi Makular Kering dan Degenerasi Makular Basah. AMD kering disebabkan penuaan dan penjarangan tisu-tisu mokular, endapan pigmen di dalam mokular. AMD basah pula ialah saluran darah di bawah retina pecah dan membocorkan darah dan cecair sehingga menyebabkan kerosakan kekal kepada sel-sel retina yang sensiti pada cahaya dan mewujudkan titik buta pada pusat penglihatan.



11)    NYSTAGMUS
Pergerakan yang abadi dan tidak sengaja bola-bola mata yang disebabkan oleh gangguan aculomotor. Bola mata akan bergoyang sehingga fokus melihat terganggu






MASALAH-MASALAH SAMPINGAN


Kegagalan fungsi mata berjalan dengan baik bukan sahaja mengakibatkan masalah penglihatan dikalangan kanak-kanak, namun juga mengakibatkan masalah-masalah lain sehingga menganggu proses pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak tersebut. Mereka yang mengalami masalah penglihatan ini juga sering mengadu sakit kepala dan pening, ingin muntah apabila membaca atau membuat kerja yang memerlukan penglihatan yang dekat, imej yang berbayang dan penglihatan yang kabur.

     Di samping itu juga kanak-kanak bermasalah penglihatan ini mengalami masalah tingkah laku yang berbeza dengan kanak-kanak normal. Mereka selalu memusingkan kepada ke sebelah sahaja untuk melihat papan tulis ataupun objek. Ketika membaca kanak-kanak ini akan meletakkan kepada pada suatu sudut pada keudukan yang luar biasa. Mereka juga selalu mengecilkan mata, mengerutkan mata, menutup sebelah mata, kerap bercakap, keliru dengan huruf, sering melanggar objek ketika berjalan atau bergerak. Kanak-kanak bermasalah pendengaran tidak dapat memahami proses pengamatan.

      Pengamatan merupakan kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui pancaindera setelah berlakunya proses dalam mental. Janet W. Learner (1971) dalam bukunya “Children With Learning Disabilities” telah mentafsirkan bahawa pengamatan adalah satu proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas panca indera atau mekanisme yang mentafsirkan sesuatu pergerakan panca indera dengan kuasa intelek. Antara ciri-ciri kesukaran dalam komponen penglihatan yang melibatkan pengamatan ialah ketidakupayaan memahami benda-benda abstrak, pengamatan dan daya anggaran berat, tidak memahami konsep bentuk, ketidakupayaan mengagak sesuatu saiz, jarak, perhubungan antara objek, menyalin huruf, nombor perkataan dan ayat. Namun kanak-kanak ini lebih mengetahui konsep sejuk dan panas melalui sentuhan.



 PAKAR-PAKAR TERLIBAT

Sistem penglihatan adalah antara yang paling cepat berkembang dalam tumbesaran bayi. Bayi selalunya mula melihat objek- objek yang terang ketika berumur satu bulan, mula mengamati objek yang bergerak ketika berumur dua bulan dan mula mencapai sesuatu objek besar ketika berumur empat bulan. Perkembangan penglihatan ini berkembang berterusan dan akan mencapai tahap ketajaman penglihatan 6/6 pada umur empat tahun.  Bagi membantu mengesan kecacatan penglihatan pada peringkat awal peranan ibubapa diperlukan. 

     Beberapa ujian penglihatan boleh dilakukan di rumah oleh ibu bapa bagi menilai tahap penglihatan anak-anak dan untuk mengesan sebarang masalah penglihatan. Ujian penglihatan cahaya - Ini boleh dilakukan dengan menggunakan lampu suluh kecil yang digerakkan beberapa kali dari mata bayi ketika berumur dua atau tiga bulan. Selalunya bayi akan mengikut dengan gerakan kepala ke mana arah lampu digerakkan. Selain itu juga beberapa peralatan mainan boleh digunakan. Antaranya ialah :

                      I.        Menggunakan mainan yang sederhana besar - Ujian ini boleh dilakukan      ketika bayi berumur tiga hingga empat bulan. Letakkan alat mainan yang mengeluarkan bunyi tersebut di hadapan bayi. Bayi akan cuba mencapai alat mainan tersebut. 

                    II.        Mengunakan gula-gula manik - Ujian ini boleh dilakukan semasa bayi berumur enam hingga tujuh bulan. Letakkan gula-gula manik yang berwarna-warni pada tapak tangan anda di hadapan bayi. Sekiranya penglihatan bayi normal, ia akan cuba mengutipnya dan dimasukkan ke dalam mulut. Cuba dengan beberapa saiz gula-gula yang berbeza. 

                   III.        Memadankan gambar-gambar yang serupa – Ujian ini boleh dilakukan dengan menggunakan dua set gambar yang serupa. Selalunya boleh diuji pada kanak-kanak berumur dua hingga tiga tahun pada jarak yang agak jauh di hadapannya. Jika anak sudah mula bercakap, suruh dia sebutkan objek yang ditunjukkan atau padankan gambar yang tunjukkan.

     Sekiranya bayi tidak menunjukkan tindak balas yang diharapkan terhadap ujian di atas, bawalah ia berjumpa pakar mata (optometris atau oftalmologis) untuk pemeriksaan lanjut. Menurut Zuhayati Yazid (2006) menjelaskan optometris di Malaysia dapat memainkan peranan yang lebih positif untuk membantu menangani masalah gangguan penglihatan di kalangan kanak-kanak. Jangan takut untuk membuat pemeriksaan mata terhadap anak-anak anda kerana pengesanan masalah pada peringkat awal adalah penting untuk mengelak kes-kes yang lebih teruk seperti amblyopia dan juling. Amblyopia dan juling juga kini boleh dirawat melalui kaedah ortoptik yang boleh didapati di pusat rawatan pakar mata dan juga pusat perkhidmatan optometris.

     Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat (2009) terdapat banyak kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan dan badan-badan  NGO bagi membantu individu yang mengalami masalah penglihatan. Ini kerana mereka ini memerlukan lebih dari satu alat bantuan bagi membantu mereka dalam pembelajaran dan pergerakan.


PELAN TINDAKAN

Bagi membantu kanak-kanak bermasalah pendengaran, pelbagai ujian dan pendekatan yang digunakan bagi menilai tahap kehilangan penglihatan mereka. Pelbagai ujian telah dijalankan untuk membuktikan bahawa kanak-kanak cacat penglihatan yang mengalami kecelaruan di dalam konsep ruang, di antaranya ialah ‘meta analysis’ dimana kanak-kanak buta dan rabun diletakkan di suatu kawasan dan diuji bagaimana mereka mengamati ruang di dalam kawasan tersebut. 

>>Hasil ujian menunjukkan bahawa kanak-kanak buta amat sukar untuk mengadaptasi sumber atau petunjuk (clue) yang ada. Mereka memerlukan latihan sebelum didedahkan kepada sesuatu situasi baru (Linn & Petersen, 1985).<<

     Kanak-kanak yang mengalami kebutaan memerlukan pelbagai pendedahan dan latihan intensif. Diantaranya ialah peningkatan deria bau diperingkat bayi. Bayi perlu diberikan pendedahan tentang individu-individu penting seperti ibu, bapa dan adik-beradik. Tindakan ini akan memberikan kesan psikologi iaitu rasa selamat pada seseorang bayi. Seseorang kanak-kanak cacat penglihatan sering menunjukkan tingkahlaku atau emosi takut. Perasaan takut ini akan lebih menonjol pada keadaan atau situasi yang baru dilaluinya disebabkan mereka tidak menguasai konsep ruang. Latihan yang diperlukan ialah mengenal gema, orientasi dan mobiliti (Jacobson, 1993). Latihan mengenal gema adalah dengan melatih kanak-kanak mengenal balikan gelombang pantulan pada objek seperti dinding agar mereka mengetahui kedudukan mereka adalah berhampiran dengan sesuatu objek.Kementerian kesihatan Malaysia menghasilkan buku ‘Manual On The Management of Children With Visual Impairement’ yang antara lain memberi cadangan kaedah yang dapat digunakan semasa menjalankan aktiviti rangsangan terhadap kanak-kanak bermasalah penglihatan berkaitan penggunaan deria bau, sentuh dan pendengaran.

     Bagi kanak-kanak cacat penglihatan, maklumat tentang jarak sering menjadi kekeliruan. Latihan perlu diberikan untuk mereka mengenal sesuatu jarak seperti apakah yang dikatakan dengan satu depa dan sepuluh meter. Kanak-kanak ini perlu diberikan pengalaman untuk membuat ukuran sendiri menggunakan tali pengukur untuk mendapatkan perbandingan jarak. Pengenalan kepada saiz memerlukan pelbagai elemen yang dapat menyokong sesuatu keadaan. Aktiviti untuk mengenal saiz boleh dilakukan dengan membuat persamaan dengan kehidupan harian. Sebagai contoh, adik memakai seluar saiz S dan abang memakai seluar saiz X. Perbezaan ini boleh diterangkan kepada kanak-kanak cacat penglihatan untuk membolehkan mereka membuat perbandingan saiz.

     Kanak-kanak dengan masalah penglihatan memerlukan bantuan dalam pelbagai aspek pendidikan seperti orientasi dan mobiliti di kawasan yang belum biasa baginya. Pendidikan bagi kanak bermasalah penglihatan perlu dilengkapi dengan peralatan yang sesuai mengikut tahap masalah yang dihadapinya. Antaranya adalah tongkat putih, mesin braille, buku Braille, alat sentuh seperti peta, gambar rajah timbul, model tiga dimensi, bilik sumber yang dilengkapi dengan kemudahan mesin braille, alat rakaman audio, duplicator braille, bilik penyelenggaraan braille, bilik low vision, hand held magnifier, stand magnifier,
spectacle magnifier, dan teleskop.

            Sistem tutorial multimedia atas talian Kod Braille Bahasa Malaysia telah diperkenalkan untuk menyokong proses pengajaran dan pembelajaran Kod Braille Bahasa Malaysia. E-KodBrailleBM ini merupakan salah satu projek yang dijalankan bertujuan menyokong guru-guru pendidikan khas di Malaysia. Di samping guru-guru pendidikan khas, sistem tutorial ini juga berguna untuk ibu bapa serta individu lain yang berminat dalam mempelajari Braille secara visual. Versi percubaan sudah pun sedia untuk digunakan dan proses penilaian sedang dijalankan. Sistem ini akan dibuka kepada khalayak ramai sebaik sahaja proses penilaian siap dijalankan. Sesiapa yang berminat untuk menggunakan sistem versi percubaan ini dan rela menyertai sebagai sampel dalam kajian penilaian boleh mendaftar sekarang di laman web berikut  (Buletin Pendidikan Khas, Jilid 2, Bil.2/2010) :


            Program Jangka Pendek yang boleh dilaksanakan bagi mendidik kanak-kanak bermasalah penglihatan ini ialah dengan mendedahkan dan membimbing mereka mengguna deria yang masih berfungsi iaitu dari segi penggunaan deria bau, sentuhan dan pendengaran.   Pengajaran dari segi deria bau  ialah dengan memastikan kanak-kanak ini diberikan peluang untuk menghidu benda, misalnya makanan yang dimakannya, minumannya, sabun yang digunakan untuk mandi, bau pasar, bau kiosk petrol, minyak wangi, bedak dan lain-lain. Ini dapat membantu mereka mengenalpasti benda yang terdapat disekeliling mereka dan membantu mereka memenuhi kehendak mereka seperti berada di alam kanak-kanak normal yang lain. Melalui deria sentuh pula, bimbingan diberikan dengan memandu tangan kanak-kanak ini untuk menyentuh benda-benda. Beri kanak-kanak pelbagai benda ataupun objek pelbagai tekstur, bentuk dan saiz. Beri peluang kepada kanak-kanak untuk menjalankan aktiviti seharian seperti bermain, mengurus diri, menyertai keluarga di dapur ataupun di taman.

     Dari segi pendidikan deria pendengaran pula,  guru boleh bercakap dengan kanak-kanak itu pada setiap kesempatan. Namakan benda-benda yang disentuhnya dan beritahu apa yang sedang berlaku di sekelilingnya. Terangkan juga benda-benda yang sedang dilakukan dan jelaskan kepada kanak-kanak itu tentang perasaan. Galakkan kana-kanak bercakap, misalnya dengan bertanya soalan kepadanya dan  galakkan ia bertanya kembali. Elakkan daripada menggunakan bahasa pelat (baby talk) dengan kanak-kanak. Pastikan orang bercakap terus kepada kanak-kanak, iaitu membantu masyarakat sekeliling turut sama membimbing dan berkomunikasi dengan kanak-kanak bermasalah penglihatan ini.





BRAILLER

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas


Braille ialah sejenis sistem tulisan sentuh yang digunakan oleh orang buta. Sistem ini dicipta oleh seorang Perancis yang bernama Louis Braille yang buta disebabkan kemalangan semasa kecil. Ketika berusia 15 tahun, Braille mengubah suai tulisan tentera bagi memudahkan tentera untuk membaca ketika gelap. Sistem ini dinamakan sistem Braille. Namun ketika itu Braille tidak mempunyai huruf W.






buku yang ditulis menggunakan tulisan Braille.



Abjad Braille
Braille terdiri daripada sel yang mempunyai 6 titik timbul yang dinomborkan seperti berikut:

Braille cell.svg

dan kehadiran atau ketiadaan titik itu akan memberi kod untuk simbol tersebut. Huruf Braille Bahasa Melayu adalah hampir sama dengan kod huruf Braille Inggeris. Perkataan, simbol (seperti tanda seru dan tanda soal), beberapa perkataan dan suku kata boleh didapati secara terus. Contohnya perkataan orang dipendekkan kepada org. Ini membolehkan buku buku Braille yang lebih nipis dicetak.

     Simbol Braille juga telah diperkaya sehingga boleh digunakan untuk membaca nota muzik dan matematik. Kini Braille telah diubahsuai dengan menambah dua lagi titik menjadikan Braille menjadi kod 8 titik. Ini memudahkan pembaca Braille mengetahui huruf tersebut adalah huruf besar atau kecil. Selain itu, penukaran ini membolehkan huruf huruf ASCII dipertunjukkan dan kombinasi 8 titik ini diekodkan dalam standard Unicode.

     Braille boleh dihasilkan menggunakan batuan loh ( slate) dan stilus ( stylus ) di mana titik dihasilkan daripada belakang muka kertas, menulis dengan imej cermin, menggunakan tangan, atau menggunakan mesin taip Braille yang dikenali sebagaiPerkins Brailler. Braille juga boleh dihasilkan menggunakan mesin cetak Braille yang disambung kepada komputer.





                                                                                                                    tulisan braille pada butang lif



No comments:

Post a Comment