NUKILAN DIRI PENULIS



Assalamualaikum W.B.T......Saya akan menulis berkaitan diri semoga lebih mudah dikenali..

Nama: 
Norfadilah Binti Abu Hasan

No. Matrik :
 A143892

Program :
 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas (Dengan Kepujian)
Major masalah penglihatan.

Semester : 
1 2014/2015

Email : 
norfadilahabuhasan@yahoo.com.
norfadilahabuhasan@gmail.com

Saya dilahirkan di sebuah teratak yang cantik dan selesa pada tanggal 1 JULAI 1993…Teratak tersebut ialah rumah sekarang yang kami sekeluarga duduki sekarang…Teratak tersebut juga terletak di Gerik, Hulu Perak, Perak…

Inilah Rumah saya!!..

Saya mula bersekolah di Sekolah Kebangsaan Felda Lawin Selatan dan saya juga merupakan pelajar yang menghadapi masalah gagap dan sukar untuk membaca…Saya mula lancar membaca pada usia 9 tahun…Namun, begitu ia tidak mematahkan semangat saya untuk terus belajar walaupun saya mengalami masalah.



Saya menyambung pengajian di Sekolah Menengah Taman TasiK, Taiping Perak yang juga merupakan sekolah berasrama penuh disebabkan saya mendapat keputusan yang agak cemerlang…





Namun begitu, selepas 3 tahun belajar disini, saya telah bertukar sekolah pula di Sekolah Menengah Kebangsaan Kenering, Gerik Perak…sekolah yang lebih dekat dengan rumah kerana mudah dipantau oleh ibu bapa…saya ditukarkan mungkin kerana sikap saya yang agak nakal di sekolah…hohohoho…(popular ok)…


Walaupun saya seringkali bertukar sekolah, tak bermakna saya tidak mampu belajar dan menghasilkan keputusan peperiksaan yang baik…saya telah menjadi salah seorang pelajar cemerlang SPM di Sekolah Kenering serta sangat aktif kokurikulum… krikk….krikk..




Saya juga telah menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Idris Shah II bagi meneruskan pengajian pada peringkat STPM…(susah gilerr ooo)..




Dan sekarang, saya telah menempatkan diri sebagai salah seorang pelajar Fakulti Pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia…Hal ini amat membanggakan keseluruhan keluarga saya kerana saya mempu melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi…(bangga sat)..saya akan keluar menjadi seorang guru pendidikan khas terutamanya dalam masalah penglihatan yang berkaliber 
( in shaa Allah)..




No comments:

Post a Comment