CONTOH RPH / RPI

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH).. 


1) Saya buat sendiri tao...ini merupakan RPH saya yang pertama semasa membuat "Mikro Teaching" dalam subjek "Kurikulum dan Pedagogi"...





KOD KURSUS  : GGGE 2113 KURIKULUM DAN PEDAGOGI (PENGAJARAN MIKRO)
NAMA                : NORFADILAH BINTI ABU  HASAN
NO.MATRIK    : (A143892)
TAJUK               : KEMAHIRAN C ( MENJELAS DENGAN CONTOH, PENEGUHAN DAN PENGESANAN)
NAMA PENSYARAH : CIK MAZALAH BINTI AHMAD
FAKULTI          : FAKULTI PENDIDIKAN ,UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tingkatan          : 1 QAYYUM
Hari                   : Isnin
Tarikh                : 10 November 2014
Masa                   : 9.40 a.m - 10.10 a.m.
Mata pelajaran   : Pendidikan Seni Visual.
Tajuk
Mengenal Warna-warna Asas.

Konsep
Mengenalpasti tiga jenis warna asas. (merah, biru dan kuning)

Kata Kunci
Warna Asas.

Objektif Am
Di akhir pengajaran, pelajar akan dapat:
1)      Mengetahui jenis-jenis warna asas.
2)      Mengenali jenis-jenis warna asas.

Objektif Pengajaran
Di akhir pengajaran, pelajar akan dapat:
1)      Menyebut 3  jenis warna asas iaitu  merah, biru dan kuning.
2)      Membezakan jenis warna asas dengan tepat.
3)      Mengenal warna berdasarkan contoh yang diberikan.
4)      Mewarna gambar dengan menggunakan warna yang betul.
.
Nilai Murni
1)      Bekerjasama
2)      Berkeyakinan dalam  menyebut jenis-jenis warna yang diajar.
3)      Berkongsi pengetahuan antara pelajar.


Kemahiran berfikir
1)      Pelajar dapat menghubungkaitkan matapelajaran dengan kehidupan seharian berdasarkan pemerhatian disekitar alam.
2)      Kritis:
                                                        i.            Pelajar dapat membanding beza antara jenis warna asas dengan tepat.
                                                      ii.            Pelajar dapat mengkategorikan gambar dengan warna dengan betul.
3)      Kreatif:
                                                           i.         Pelajar mampu menggunakan warna secara meluas.

Bahan bantu mengajar
·         Laptop                               
·         LCD/ speaker.
·         Tayangan video
·         Lembaran kerja
·         Batang aiskrim berwarna.
·         Pensil warna.

Isi pengajaran
1)      Penerangan mengenai tajuk pengajaran iaitu mengenal warna-warna asas.
i.                     Merah.
ii.                  Biru.
iii.                Kuning.
2)      Tayangan video berkaitan contoh gambar berwarna.
3)      Pelajar memberi respon terhadap contoh-contoh warna lain.
4)      Pelajar membuat lembaran kerja yang diberikan dengan tepat.

Pengetahuan lepas
Para pelajar pernah melihat pelbagai jenis warna dalam kehidupan seharian.

Rujukan



   

LANGKAH
/MASA


ISI PELAJARAN

AKTIVITI  GURU

AKTIVITI PELAJAR

CATATAN

1.      Set Induksi
( 5 minit )


ü  Memberi salam dan bertanya khabar.


ü  Menarik minat pelajar dengan menayangkan video/slide mengenai warna

Ø  Guru membawa alat bantu mengajar masuk ke dalam kelas.

Ø  Guru menunjukkan video/slide dan bersoal jawab dengan murid apa yang mereka lihat.

.

ü  Pelajar menumpukan perhatian terhadap guru dan memberikan pelbagai jawapan terhadap soalan yang diberikan oleh guru dengan penuh semangat
ABM:
·         Laptop                               
·         LCD/ speaker.
·         Tayangan video


2.      Langkah 1
( 5 minit )


ü  Bercerita kepada pelajar mengenai pelajar mengenai video/slide yang ditonton.


ü  Menguji pengetahuan sedia ada pelajar mengenai warna yang pelajar ketahui.

Ø  Guru menunjukkan gambar- gambar berwarna agar murid dapat meneka tentang topik pembelajaran hari ini.

Ø  Guru mengaitkan jawapan pelajar dengan  isi pelajaran pada hari ini.

Ø  Guru menjelaskan kepada pelajar mengenai tajuk pembelajaran pada hari ini iaitu warna asas.


ü  Pelajar  melihat dan meneka warna gambar-gambar yang dipamerkan.


·         Laptop                               
·         LCD/ speaker.
·         Tayangan video


3.      Langkah  2
(15 minit )


ü  Menguji daya ingatan murid dengan menyuruh mereka menyebutkan warna yang terdapat dalam slide dan dalam kelas.



ü  Memberikan pelajar lembaran kerja untuk memperkukuhkan lagi pengetahuan sedia ada.

Ø  Guru  menerangkan konsep warna dalam kehidupan seharian.

Ø  Guru menunjukkan kembali contoh-contoh berwarna yang nyata.

Ø  Guru memberikan pelajar lembaran kerja kepada pelajar dengan meminta pelajar mewarnakannya mengikut warna yang betul.

Ø  Memberikan ganjaran kepada pelajar yang siap mewarna dengan betul.


ü  Pelajar mendengar dan member respon terhadap pertanyaan guru.





ü  Pelajar menyiapkan lembaran kerja dengan menggunakan warna yang tepat.

·        Batang aiskrim bewarna.
·        Lembaran kerja
·        Pensil warna

4.      Penutup
( 5 minit )


ü  Menguji tahap kefahaman murid mengenai warna-warna asas yang diajar.







ü  Mendedahakan para pelajar dengan warna-warna lain juga.

Ø  Guru bertanyakan kepada para pelajar mengenai pengajaran pada hari ini dan membuat runusan.

Ø  Guru menjelaskan semula tentang kepentingan penggunaan  warna-warna asas dalam kehidupan seharian.

Ø  Guru juga menayangkan video berkaitan dengan warna-warna lain selain daripada warna asas yang pelajar belajar pada hari ini.



ü Pelajar menjawab pertanyaan guru dengan yakin.

·         Laptop                               
·         LCD/ speaker.
·         Tayangan video

Tugasan Lanjut: Memberikan  pelajar tugasan iaitu setiap pelajar mesti menyenaraikan warna-warna lain selain daripada warna yang telah diajar oleh guru.
Penilaian Kendiri:

 Catatan Penyelia :      

        

video Upin dan Ipin berkaitan warna..


video berkaitan warna pelangi..







2) Ini pula, Rancangan Pengajaran Harian (RPH) saya yang kedua.. 
(Makro Teaching)


KOD KURSUS  : GGGE 2113 KURIKULUM DAN PEDAGOGI (PENGAJARAN MAKRO)
NAMA                : NORFADILAH BINTI ABU  HASAN
NO.MATRIK    : (A143892)
TAJUK               : BAHASA MELAYU(MENGENAL BUAH-BUAHAN TEMPATAN DAN KATA ADJEKTIF)
NAMA PENSYARAH : CIK MAZALAH BINTI AHMAD
FAKULTI          : FAKULTI PENDIDIKAN ,UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tingkatan          : 1 QAYYUM
Hari                   : Isnin
Tarikh                : 10 November 2014
Masa                   : 10.20 a.m -10.50 a.m.
Mata pelajaran   : BAHASA MELAYU.
Tajuk
Mengenal Buah-buahan Tempatan dan kata adjektif

Konsep
Mengenal pasti buah-buahan tempatan dengan betul berserta kata adjektif.

Kata Kunci
Buah-buahan Tempatan.

Objektif Am
Di akhir pengajaran, pelajar akan dapat:
1)      Mengetahui jenis-jenis buah-buahan tempatan.
2)      Mengenali jenis-jenis buah-buahan tempatan.
3)      Menyebutkan kata adjektif yang tepat.

Objektif Pengajaran
Di akhir pengajaran, pelajar akan dapat:
1)      Menyebut nama buah-buahan tempatan dengan betul.
2)      Mengeja nama buah-buahan tempatan dengan tepat.
3)      Menyatakan kata adjektif bagi setiap buah-buahan tempatan.
4)      Mengenalpasti dengan tepat buah-buahan yang dipamerkan.

Nilai Murni
1)      Bekerjasama
2)      Berkeyakinan dalam  menyebut nama buah-buahan yang diajar.
3)      Berkongsi pengetahuan antara pelajar.

Kemahiran berfikir
1)      Pelajar dapat menghubungkaitkan matapelajaran dengan kehidupan seharian berdasarkan pemerhatian disekitar alam.
2)      Kritis:
                                                        i.            Pelajar dapat membanding beza antara jenis buah-buahan dengan tepat.
                                                      ii.            Pelajar dapat mengkategorikan gambar buah dengan ciri-ciri buah dengan betul.
3)      Kreatif:
                                                           i.         Pelajar mampu menggunakan buah-buahan dengan meluas seperti membuat kraf tangan.

Bahan bantu mengajar
·         Laptop                               
·         LCD/ speaker.
·         Tayangan video
·         Lembaran kerja
·         Buah pisang./kotak
·         Contoh gambar berwarna.
·         Marker pen/ pelekat.

Isi pengajaran
1)      Penerangan mengenai tajuk pengajaran iaitu mengenal buah-buahan tempatan.
2)      Menunjukkan contoh buah yang sebenar kepada para pelajar.
3)      Pelajar memberi respon terhadap contoh-contoh buah yang lain.
4)      Pelajar membuat lembaran kerja yang diberikan dengan tepat.

Pengetahuan lepas
Para pelajar pernah melihat pelbagai jenis buah-buahan tempatan dalam kehidupan seharian.

Rujukan





LANGKAH
/MASA

ISI PELAJARAN

AKTIVITI  GURU

AKTIVITI PELAJAR

CATATAN

1.      Set Induksi
( 5 minit )


ü  Memberi salam dan bertanya khabar.


ü  Menarik minat pelajar dengan menunjukan kotak misteri.

Ø  Guru membawa alat bantu mengajar masuk ke dalam kelas.

Ø  Guru menunjukkan kotak misteri dan bersoal jawab dengan murid apa yang ada di dalam kotak tersebut.
.

ü  Pelajar menumpukan perhatian terhadap guru dan memberikan pelbagai jawapan terhadap soalan yang diberikan oleh guru dengan penuh semangat.

ü  Berasa teruja.
ABM:
·         Buah pisang.

·         Kotak misteri.

2.      Langkah 1
( 5 minit )


ü  Bercerita kepada pelajar mengenai pelajar mengenai bahan yang berada di dalam kotak misteri.

ü  Menguji pengetahuan sedia ada pelajar mengenai buah-buahan tempatan yang pelajar ketahui.

Ø  Guru menunjukkan bahan sebenar (pisang)  kepada pelajar.


Ø  Guru mengaitkan jawapan pelajar dengan  isi pelajaran pada hari ini.

Ø  Guru menjelaskan kepada pelajar mengenai tajuk pembelajaran pada hari ini iaitu buah-buahan tempatan.







ü  Pelajar  melihat dan meneka tajuk pembelajaran pada hari ini.


·         Buah pisang.

·         Kotak misteri

3.      Langkah  2
(15 minit )


ü  Menguji daya ingatan murid dengan menyuruh mereka menyebutkan nama dan mengeja gambar buah-buahan yang terdapat di dalam slide.

ü  Menguji para pelajar kebaikan buah-buahan pada diri.


ü  Menunjukkan contoh yang ada pada buah-buahan berkaitan kata adjektif pada pelajar.

ü  Memberikan pelajar lembaran kerja untuk memperkukuhkan lagi pengetahuan sedia ada.

Ø  Guru  menyuruh pelajar menyebut nama dan mengeja nama buah-buahan dengan betul.


Ø  Guru menanyakan pelajar-pelajar tentang kebaikan buah-buahan tempatan.

Ø  Guru menunjukkan contoh kata adjektif pada buah pisang dan meminta pelajar fokus.

Ø  Guru memberikan pelajar lembaran kerja kepada pelajar dengan meminta pelajar memberikan kata adjektif yang betul pada buah yang betul.

Ø  Guru meminta pelajar kehadapan untuk menunjukkan jawapan pada lembaran kerja yang telah diberikan.








ü  Pelajar mendengar dan memberi respon terhadap pertanyaan guru.











ü  Pelajar menyiapkan lembaran kerja dengan menggunakan kata adjektif yang tepat pada contoh buah yang diberikan.

ü  Penyertaan pelajar kehadapan.

·        Laptop/slide

·        Contoh gambar berwarna.


·        Marker pen/ pelekat.

·        Lembaran kerja.

4.      Penutup
( 5 minit )


ü  Menguji tahap kefahaman murid mengenai buah-buahan tempatan  yang diajar.



ü  Mendedahkan para pelajar dengan buah-buahan yang lain juga.

Ø  Guru bertanyakan kepada para pelajar mengenai pengajaran pada hari ini dan membuat runusan.


Ø  Guru menjelaskan semula tentang kepentingan buah-buahan tempatan dalam kehidupan seharian.

Ø  Guru juga menayangkan video berkaitan dengan buah-buahan lain selain daripada buah-buahan yang pelajar belajar pada hari ini.



ü Pelajar menjawab pertanyaan guru dengan yakin.








ü Pelajar melihat serta menyanyi bersama tayangan video.

·         Laptop 
                             
·         LCD/ speaker
.
·         Tayangan video


Tugasan Lanjut: Memberikan  pelajar tugasan iaitu setiap pelajar mesti menyenaraikan buah-buahan luar Negara untuk pengajaran masa akan datang.
Penilaian Kendiri:
 Catatan Penyelia :     




Lagu buah-buahan


No comments:

Post a Comment