Sunday, 14 December 2014

Pengambilan Guru Hanya Di Kalangan 30% Graduan Terbaikk..


Profesion keguruan akan menjadi lebih berprestij dan elit apabila pengambilan dibuat hanya dalam kalangan graduan 30 peratus terbaik dalam negara dalam usaha mentransformasi profesion itu menjadi profesion pilihan.

Ini bermakna Kementerian Pendidikan akan meninggikan syarat kelayakan kemasukan ke profesion keguruan bagi memastikan semua guru yang mengikuti setiap latihan perguruan memenuhi syarat minimum kelayakan akademik.

Kementerian turut berhasrat untuk mengubah Institut Pendidikan Guru (IPG) kepada universiti latihan guru bertaraf dunia menjelang 2020 dan menilai semula kurikulum latihan praperkhidmatan semasa bagi memastikan guru bersedia untuk mengajar kemahiran berfikir aras tinggi yang diperlukan murid.

Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, mulai tahun ini, guru akan menerima program Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) bagi membantu guru mencapai potensi penuh.

Program CPD itu termasuk latihan komponen teras dan elektif mengikut keperluan pembangunan diri yang akan diberi latihan secara individu daripada penyelia masing-masing.

Pelan itu turut menyebut, guru boleh memilih laluan kerjaya yang menarik berdasarkan prestasi, potensi dan minat mereka, sama ada memilih untuk menjalankan tugas kepimpinan atau menjadi guru pakar.

Selain itu, guru juga akan dinilai secara tahunan oleh pengetua atau guru besar dengan menggunakan input yang mungkin diberikan oleh rakan sejawat dan menggunakan instrumen penilaian baharu yang memberi tumpuan kepada keupayaan guru menyampaikan pengajaran secara berkesan di dalam dan luar bilik darjah.

Dalam memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah, kementerian akan menukar kriteria pemilihan pengetua dan guru besar daripada pemilihan berasaskan tempoh perkhidmatan kepada pemilihan yang berfokuskan kecekapan kepimpinan.

Setiap pengetua atau guru besar juga dikehendaki mendapatkan sijil Kelayakan Profesional Kebangsaan bagi Kepimpinan Pendidikan (NPQEL) daripada Institut Aminuddin Baki sebelum boleh dilantik.

Pengetua dan guru besar yang bakal dilantik juga akan mengikuti program pementoran selama satu bulan di bawah bimbingan pengetua dan guru besar yang akan berpindah dan bersara.

Dalam pada itu, kementerian akan memastikan 100 peratus sekolah memenuhi keperluan infrastruktur asas menjelang 2015, bermula dengan Sabah dan Sarawak bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat, bersih dan kondusif.

Kementerian juga akan melaksanakan prinsip asas yang telus dan saksama dalam pengagihan kewangan dan sokongan lain kepada semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.

Bagi memanfaatkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam meningkatkan kualiti pembelajaran, kementerian menyediakan akses Internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui iBestariNet bagi kesemua 10,000 sekolah menjelang tahun ini.

Perpustakaan video pengajaran oleh guru cemerlang akan diwujudkan supaya guru boleh menggunakan sumber ini bagi mendapatkan idea dan murid pula dapat menjadikannya sebagai alat ulang kaji

SUMBER : BERNAMA

Gelombang 3PM (2013-2025)



TIGA gelombang pembaharuan yang bertujuan meningkatkan prestasi sistem pendidikan negara ditetapkan untuk dilaksanakan dalam tempoh 13 tahun bermula tahun depan hingga 2025.
Laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menjelaskan, menerusi Gelombang Pertama membabitkan tahun pelaksanaan 2013 hingga 2015, sasaran diletakkan bagi menambah baik kualiti pendidikan negara supaya setanding dengan pencapaian purata global.
Menurut laporan itu, sepanjang pelaksanaan gelombang itu, Kementerian Pelajaran menentukan tiga bidang tumpuan iaitu menambah baik pengajaran di bilik darjah, meningkatkan kepimpinan kementerian dan sekolah serta meningkatkan kecekapan guru bahasa Inggeris.
“Hal ini tidak bermakna inisiatif perubahan akan menumpukan perhatian kepada tiga bidang berkenaan sahaja malah terdapat inisiatif yang memberikan tumpuan kepada isu lain seperti penambahbaikan kurikulum dan peningkatan infrastruktur.
“Bagaimanapun, tiga bidang itu dipilih sama ada ketiga-tiganya merupakan pemacu utama bagi menambah baik kualiti guru dan pengetua atau kerana keperluan bagi keseluruhan aspirasi ekonomi negara (bahasa Inggeris),” jelas laporan tersebut.
Bagi Gelombang Kedua (2016-2020), laporan berkenaan memberitahu, kementerian akan melaksanakan perubahan dari segi struktur untuk mempercepat langkah perubahan dengan perancangan bagi semua inisiatif akan bermula semasa gelombang pertama.
Perancangan itu termasuk menggerakkan semua 410,000 orang guru dan 10,000 pengetua atau guru besar kepada pakej kerjaya baru selain menstruktur dan menjajarkan pejabat Persekutuan, negeri serta daerah terhadap fungsi baru.
Ini bagi membolehkan pejabat berkenaan membantu sekolah dan memperkenalkan kurikulum sekolah menengah yang baru dan kurikulum sekolah rendah yang disemak dalam menangani isu mengenai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan untuk berkembang maju di persekitaran ekonomi global masa kini.
Sementara itu laporan itu menyebut, semasa awal Gelombang Ketiga (2021-2025) pula, semua sekolah, guru dan pengetua seharusnya menunjukkan prestasi yang lebih tinggi daripada standard minimum.
“Oleh itu, kementerian akan menumpukan perhatian kepada peningkatan keluwesan operasi untuk menyemai budaya pemimpin rakan sebaya ke arah kecemerlangan profesional. Kementerian juga akan menggerakkan kebanyakan sekolah, jika tidak semuanya, ke arah model pengurusan berasaskan sekolah dan menambah model inovasi pengajaran yang berjaya.
“Matlamatnya adalah untuk membentuk suatu sistem tadbir urus kendiri yang mampu membuat pembaharuan dan membawa pencapaian ke tahap lebih tinggi,” tambah laporan itu.
Jelas laporan itu, kementerian menyedari kepentingan serta kesegeraan dalam melaksanakan tugasan yang sedang dijalankan dan untuk itu, kementerian akan mula mengambil tindakan awal dalam beberapa bidang kritikal.
“Sebahagian besar daripada tindakan awal itu akan menjadi asas perubahan dramatik pada masa depan. Bagaimanapun kementerian juga menyedari keperluan menghasilkan pencapaian dengan kadar segera dan konsisten bagi membina dan mengekalkan momentum transformasi.
“Dalam 12 bulan yang akan datang, kementerian mempunyai kesungguhan untuk melaksanakan perubahan dan mendapatkan hasil seperti semua 70,000 guru bahasa Inggeris dinilai pada tahap kecekapan berbahasa mengikut standard antarabangsa dan syarat pengambilan guru diperketat selain semua 10,000 sekolah rendah dan menengah kebangsaan akan mendapat liputan internet 4G melalui pelaksanaan 1BestariNet,” jelas laporan berkenaan

Saturday, 13 December 2014

Minggu Ke-14 Bermula..

Aduh...aduh...aduh....minggu ke- 14 telah datang menjelma..bermakna..minggu depan dah start minggu "study week"..jadi,.masalah pon bermulaa...sure sesiapa sahaja yang bergelar seorang student akan mula merasakan tekanannya..yela..assignments yang BANYAK tu kena hantar minggu nie..semua pulak tu!!!...

Kalau ada yang sudi menolong,.alangkah indahnya...nak tahu sesuatu??..saya tak siapkan assignment masalah penglihatan!!!...dah la kena translate buku "BLINDNESS AND EARLY CHILDHOOD DEVELOPMENT"..waaa!!!...terasa stress dah...tido pon makin tak mencukupi dah,..

"Nasi sudah menjadi Bubur"..sabar jela duhai hati..

Monday, 8 December 2014

Blog ooOO blog!!..

Blog still dalam pembikinan..satu yang saya pelajari..

"Jangan Buat Kerja LAST MINUTE!!!"..sebabnya..tidur sure tak cukup..terasa semakin tertekan..kerja pon tak siap-siap lagi..jadi..terdapat banyak keburukkan apabila kita menangguhkan kerja..

Sunday, 7 December 2014

Mencari Perkembangan Teknologi

Aktiviti pada hari ini berkaitan pencarian teknologi dalam memudahkan golongan yang memerlukan seperti golongan bermasalah penglihatan..( sambil menunggu sahabat-sahabat yang lain)..

     Rupa-rupanya, dunia sekarang masih peka terhadap golongan ini kerana terdapat banyak ciptaan baru dan teknologi terkini direka khas untuk memastikan masyarakat yang mengalami masalah penglihatan mampu "Duduk sama rendah, Berdiri sama tinggi" dengan masyarakat tipikal..(sangat membangggakan!!)..

     Dengan adanya teknologi khas untuk golongan ini, mereka mampu bersaing serta mungkin lebih maju kehadapan mengenai perkembangan dunia tanpa ada batasan ini.. mereka juga mampu hidup dan bekerja seperti orang biasa..mereka tidak akan rasa dipinggirkan kerana mempunyai daya pemikiran yang terbuka disebabkan terdedah dengan teknologi khas yang menyebabkan mereka juga maju kehadapan..terdapat banyak teknologi yang saya akan pamerkan didalam blog ini..jika ingin tahu..

>> sila lihat pada pages KOLEKSI GAMBAR (Masalah Penglihatan)..

Saturday, 6 December 2014

Masih Berjuang!!!..

Jam menunjukkan angka 12.57 a.m..( assignments banyak sangat!!)..masih di Perpustakaan Tun Sri Lanang bersama sahabat-sahabat kesayangan..Ya Allah..permudahkanlah urusan kami..terlalu banyak dugaan yang KAU berikan..tetapkanlah hati kami dalam mencari redhamu..

Suburkan Ketenangan Tangani Tekanan

maaf atas kelewatan mengepos!!!.


..huhuhu..pada hari rabu yang lepas ( 3 Disember 2014)..saya bersama rakan-rakan yang lain telah menghadiri satu bengkel anjuran pelajar tahun 4 Fakulti Pendidikan..bengkel berkenaan merupakan salah satu bengkel yang santai dan amat menarik bagi diri saya..di sini kami di dedahkan dengan cara yang betul dalam menangani masalah, stress dan tekanan ..cara pemakanan, cara terapi yang menarik, cara pergaulan juga di tunjukkan di bengkel ini.. sekurang-kurangnya, kami menghabiskan masa dengan cara yang tepat dan mempelajari sesuatu yang baru..yang pasti..aktiviti yang di jalankan memang SUPERBBBB!!!!!.....


Saya bersama senior!!..




Kami enjoy!!!...

Monday, 1 December 2014

Hari yang indah..mulakan dengan senyuman..

permulaan hari yang berdebar-debar kerana hari ini merupakan hari pembentangan blog setiap pelajar yang mengambil kursus Tekonologi Pendidikan..agak tidak cukup tidur disebabkan ingin menyiapkan model 3D mata agar kelihatan menarik..(lain kali siapkan on time!!)....in shaa Allah..saya akan meng"upload" 10 gambar berbeza posisi model 3D saya..dan diharapkan model ini akan dapat memperlihatkan anatomi mata dengan lebih dekat dan terperinci...hehehehe..

..tungguuu!!!!!