Nampaknya, saya semakin ligat mengemaskini blog saya ini..dari tidak tahu menggunakan blog,sampailah saya sendiri meneroka setiap kegunaannya dan ingin menjadi salah seorang penulis blog tegar..diharapkan saya akan terus beristiqomah menjadi blogger berintelektual untuk berkongsi pengalaman dan menjadikan blog ini sebagai satu tempat untuk belajar dan mengajar sesiapa yang membacanya..
Selamat Datang kepada pembaca!!!..Diharapkan Blog Cikgu Cikgi Pendidikan Khas memberi manfaat kepada semua terutamanya yang ingin mendalami pengajaran masalah penglihatan...Selamat Menimba Ilmu.. =) "TOGETHER WE SHINE THE SPECIAL ONES"
Saturday, 29 November 2014
Monday, 24 November 2014
Terkesima Sebentar!!..
Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman saya. Sem 1 2014/2015 merupakan sem yang paling penat buat saya..nak tahu kenapa??..kerana saya dan rakan-rakan yang lain wajib mengikuti salah satu subjek yang telah ditetapkan oleh Fakulti Pendidikan UKM iaitu Kursus Pemulihan Dalam Komuniti..
Kursus ini telah mengajar saya dan rakan-rakan erti kerjasama dan pelbagai dugaan yang perlu dihadapi..Kami melalui pelbagai rintangan ini dengan sabar dan menyelesaikan secara rasional.

Namun,bukan itu yang saya ingin kongsikan disini..saya ingin menceritakan pengalaman saya berkaitan dengan Masyarakat Yang Menghadapi Masalah Penglihatan ini. Setiap hari khamis, saya dan rakan sekumpulan akan pergi ke KL Sentral untuk ke Stesen Hang Tuah dengan menaiki KL Monorail..apa yang menarik perhatian saya ialah saya memerhatikan sekitar kawasan KL Sentral itu serta di setiap stesen perhentian KL Monorail terdapat laluan orang Buta.Laluan ini sangat berguna kerana memudahkan orang-orang yang memerlukannya serta menjimatkan masa mereka untuk ke sesuatu tempat yang lain dengan selamat.
Hasil pemerhatian saya, laluan-laluan ini mempunyai pelbagai berbentuk timbulan kerana ini membezakan sesuatu tempat perjalanan tersebut. Sebagai seorang pelajar yang mengambil jurusan Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan), saya amat prihatin dan tertarik dengan golongan yang mengalami masalah ini. Dan, saya juga berpendapat agar tempat pejalan kaki bagi golongan bermasalah penglihatan semakin diperluaskan.
Monday, 17 November 2014
Ilmu untuk dikongsi..
Selamat pagi...menjadi tabiat setiap pelajar seperti saya akan meng"UP DATE" blog seminggu sekali disebabkan kekangan masa..in shaa Allah..saya akan berusaha menambahkan koleksi-koleksi nota dan gambar untuk dikongsi bersama..diharapkan segala usaha ini akan menambahkan lagi ilmu kita bersama..
selmat membaca..
selmat membaca..
Subscribe to:
Posts (Atom)